Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK MUDAH-GADIS JK

 

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-MUDAH

A) INTERNET


Elemen : Mudah

Tema : Papan iklan

Rujukan : https://www.pinterest.com/danielle_ncsu/billboard-designs/

Huraian : Sekeping foto yang menunjukkan dua botol air minuman Mountain Dew yang dipaparkan di papan iklan. Papan iklan ini kelihatan mudah untuk didefinisikan kerana gambaran tersebut mudah difahami oleh seseorang. Gambar tersebut juga mudah dilihat sebagai satu mesej yang dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Seseorang yang melihat papan iklan tersebut akan faham bahawa papan iklan tersebut mempromosikan air minuman yang berjenama Mountain Dew.



Elemen: Mudah

Tema: Makanan segera

Rujukan: https://images.app.goo.gl/ewnajHJJi656p3BS7

Huraian: Gambar papan iklan di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen mudah. Gambar tersebut menunjukkan sebiji burger dari syarikat makanan segera yang terkenal yang menunjukkan keluaran menu burger baharu syarikat tersebut. Jika seseorang melihat iklan tersebut akan faham bahawa gambar tersebut adalah tentang burger itu. Gambar itu juga menunjukkan elemen mudah kerana gambar tersebut memfokuskan kepada burger itu.

 


Elemen : Mudah

Tema: Jualan Kasut Nike

Rujukan:https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fmiragraphics.myportfolio.com%2Fnike-billboard&psig=AOvVaw1uaT-1We1lG54FNR1Wv4bu&ust=1617472327957000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCOikhpWQ4O8CFQAAAAAdAAAAABAF

Huraian: Gambar tersebut mengandungi aspek grafik yang paling ketara iaitu mudah. Elemen mudah ini wujud apabila penglihatan seseorang terhadap gambaran yang mudah difahami seperti gambaran sepasang kasut diatas. Dengan adanya logo Nike di kiri gambar ianya telah menunjukkan bahawa kasut tersebut berjenama Nike. Tulisan LEBRON XVI turut merujuk kepada jenis kasut tersebut.



Elemen : Mudah

Tema : Fesyen

Rujukanhttps://www.google.com/search?q=top-27-creative-business-sign-ideas-examples-20&client=firefox-b-d&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwje28Lki-LvAhWH4XMBHbKQDaAQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1366&bih=654#imgrc=irS7T9UytSpQ4M

Huraian: Penekanan dalam gambar tersebut ialah bersifat mudah. Gambar tersebut memperlihatkan imej perempuan dan hanya tertumpu kepada kaum wanita sahaja . Apabila diperlihatkan imej perempuan , automatik pemikiran kita akan terjerumus kepada fesyen yang melibatkan wanita. Gambar tersebut sangatlah mudah kerana boleh difahami sekali imbas sahaja melalui gambar tanpa perlu membaca dengan teliti apa isi gambar tersebut kerana tiada kekeliruan sama sekali kerana gambar itu telah memberitahu segala isi yang ingin disampaikan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Mudah difahami oleh pengguna jalan raya kerana boleh dikesan dengan kehadiran gambar seorang wanita kerana mungkin sahaja tentang fesyen atau sebaliknya.



Elemen: Mudah

Tema: KLCC pada waktu malam.

Rujukan:https://www.azhan.co/wp-content/uploads/2019/11/Photo-of-KLCC-Malaysia-700x394.jpg

Huraian: Grafik di atas memberikan kefahaman yang mudah kepada individu yang melihatnya. Individu akan mengetahui suasana di Menara Berkembar Petronas pada waktu malam apabila melihat bahan grafik ini. Gambaran awal seperti rupa bentuk KLCC dan suasana KLCC pada waktu malam menjadi mesej yang ingin disampaikan melalui grafik di atas. Grafik ini juga menjadikan KLCC sebagai fokus utama yang turut mempengaruhi pemahaman individu.



Elemen: Mudah

Tema: Haiwan

Rujukan: https://ashgive.com/gambar-zirafah/

Huraian: Foto ini menggambarkan dua ekor haiwan di hutan. Foto ini juga menggunakan elemen asas grafik mudah. Hal ini demikian kerana sesiapa sahaja yang melihat foto tersebut akan memahami bahawa foto ini ialah foto dua ekor zirafah di hutan. Disebabkan kemudahan untuk memahami foto ini, maka foto ini diletakkan di bawah elemen grafik mudah.



Elemen : Mudah

Tema : Makanan

Rujukkan :  https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Nasi_dibentuk_bulat.jpg

Huraian : Elemen mudah difahami sebagai semua foto yang mudah dilihat dan tanpa sebarang kekeliruan terhadap mesej yang disampaikan. Seseorang yang melihat foto ini akan memahami ini ialah nasi yang diletak di atas pinggan. Foto ini memperlihatkan mesej yang sangat mudah difahami. Sekali pandang sahaja mereka sudah boleh faham mesej yang hendak disampaikan.



Elemen : Mudah

Tema : Kereta

Rujukan : https://www.positivemedia.my/advertising-services/billboard/

Huraian : Papan iklan tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu mudah. Bahan utama yang digunakan dalam grafik, iaitu gambar kereta diletakkan di tengah papan iklan. Pengguna dapat memahami mesej yang ingin disampaikan dengan jelas dan mudah, iaitu iklan tentang kereta. Gambar kereta yang jelas tanpa bahan lain berserta logo jenama di atas belah kiri gambar telah menunjukkan mesej yang ringkas, mudah dan tidak akan mengelirukan pengguna.



Elemen : Mudah

Tema : Pengiklanan

Rujukan : Internet

Huraian : Gambar di atas dapat dilihat dari kesemua lima elemen asas tetapi elemen mudah lebih terserlah. Ini disebabkan gambar tersebut mudah difahami oleh sesiapa yang melihatnya. Mesej yang ingin disampaikan juga jelas kerana ada disertakan dengan deskripsi jawatan, lokasi jawatan serta tarikh tutup permohonan dan ini memudahkan sesiapa yang ingin memohon jawatan.



Elemen : Mudah

Tema : Gajet

Rujukan : https://www.google.com/search?q=handphone+iphone+&tbm

Huraian : Foto tersebut menunjukkan sebuah telefon bimbit. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan mudah memahaminya kerana jenama yang sudah terkemuka. Oleh sebab itu gambar tersebut hanya menunjukkan logo jenama telefon bimbit itu. Maka, gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik mudah. 

B)GAMBAR SENDIRI


Elemen : Mudah

Rujukan : Nur Iffah Syakirah binti Md Sham

Tema : Haiwan

Huraian : Sekeping foto yang menunjukkan seekor kucing sedang memerhati tuannya ketika gambarnya diambil. Gambar ini kelihatan mudah untuk didefinisikan kerana gambaran tersebut mudah difahami oleh seseorang. Gambar itu juga mudah dilihat sebagai satu mesej yang dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan faham bahawa gambar itu ialah seekor kucing yang sedang berehat sambil memandang tepat pada kamera.



Elemen : Mudah

Tema : Bunga

Rujukan : Fariesya Nabila binti Mat Noh

Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen asas grafik mudah. Gambar di atas menunjukkan sejambak bunga yang berada di atas meja. Gambar tersebut jelas menunjukkan bahawa mesej yang ingin disampaikan ialah bunga. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan faham bahawa gambar itu ialah tentang sejambak bunga.

 


Elemen : Mudah

Tema : Kereta

Rujukan : Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi

Huraian : Elemen grafik yang utama yang terdapat dalam foto ini ialah elemen mudah. Elemen mudah ini merupakan elemen yang mudah difahami tanpa kekeliruan. Foto di atas menunjukkan sebuah rumah dan di halaman rumah tersebut mempunyai sebuah kereta. Bagi seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sebuah kereta yang berwarna biru.



Elemen : Mudah

Tema : Pelancongan

Rujukan : Ellyliddia Bt Rolling

Huraian : Penekanan di dalam gambar tersebut adalah mudah. Gambar tersebut menunjukkan gambar ikan yang melambangkan bahawa kawasan tersebut kaya dengan ikan jenis kelisa. Apabila seseorang melihat gambar ini mereka akan lebih faham bahawa tempat tersebut adalah kawasan pelancongan. Mereka akan mudah mengetahui apa yang dilihat dengan jelas dan lebih tepat lagi tanpa sebarang keraguan. Sekiranya gambar tersebut ini dilihat akan memudahkan kaki pancing untuk tahu dan datang ke tempat tersebut .



Elemen: Mudah

Tema: Haiwan peliharaan

Rujukan: Salimah Ahmad

Huraian:  Penglihatan individu akan berpusat kepada objek utama dalam grafik. Bahan grafik memaparkan dua ekor kucing yang dapat memberikan kefahaman kepada individu apakah yang ingin ditunjukkan di dalam gambar. Elemen mudah juga dapat memaparkan ciri-ciri dan keadaan objek utama dalam grafik. Perkara ini sekali gus mempengaruhi pemahaman kepada individu secara menyeluruh tentang apa yang dipamerkan di dalam gambar.  






Elemen: Mudah

Tema: Buah-buahan

Rujukan: Adillah binti Anuar

Huraian: Ini adalah salah satu contoh foto yang menggunakan elemen grafik mudah. Perkara ini dapat dibuktikan dengan pemahaman yang jelas terhadap foto ini. Foto ini ialah foto yang menunjukkan buah strawberi di dalam satu bekas lut sinar. Sesiapa sahaja yang melihat foto ini pasti akan memahami foto ini dengan mudah.




Elemen : Mudah

Tema : Fesyen

Rujukkan : Siti Nuratiqah Binti Rahmat

Huraian : Pada foto ini juga dapat dilihat elemen mudah. Ini kerana mesej yang ingin disampaikan sangat mudah dan tidak mengelirukan. Jika seseorang melihat foto ini sudah pasti mereka akan memahami ini merupakan foto cermin mata berwarna hitam yang terletak di atas meja. Kekeliruan akan berlaku jika di dalam foto tersebut terdapat barang lain. Contohnya, pasu kecil yang diletak di belakang cermin mata itu akan menghilangkan fokus cermin mata sebagai objek utama dalam foto.



Elemen : Mudah

Tema : Alam Sekitar

Rujukan : Na Li Xian

Huraian : Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu mudah. Gambar tersebut menunjukkan seseorang sedang mengutip sampah-sarap di merata tempat. Bersertakan teks “Jaga Alam Sekitar Kita” yang menjadi tajuk di tengah-tengah gambar tersebut dapat menyampaikan mesej tanggungjawab jaga alam sekitar dengan tepat, jelas dan mudah kepada pembaca. 



Elemen : Mudah

Tema : Pakaian

Rujukan : Dinesha Samy

Huraian : Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah elemen mudah. Ini disebabkan perkataan yang digunakan jelas dan mudah difahami. Mesej yang ingin disampaikan juga bertetapan. Pembeli dapat lihat yang kedai tersebut ada promosi dan secara tidak langsung ini dapat menarik pembeli untuk membeli produk pakaian kedai tersebut.



Eleman : Mudah

Tema : Motosikal

Rujukan : Nureedayu

Huraian : Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik mudah. Ianya menunjukkan sebuah motosikal berwarna hitam. Elemen ini memberikan satu fahaman yang senang untuk difahami oleh semua orang. Oleh sebab itu, gambar ini mengandungi elemen asas grafik mudah. 


Ketua Elemen Mudah : 

NUR IFFAH SYAKIRAH BINTI MD SHAM (202912)

Penolong ketua : 

SITI NURATIQAH BINTI RAHMAT (202680) 















 

























Friday, April 2, 2021

Fams ♥️


incomplete sebab takde gambar adik-adik perempuan sebab masani diorang sibuk beraya haih 


atuk dan nenek saya <3


this one masa kahwin abang kedua saya, tak dapat join sebab masatu exam week kut huhu sedih ã… ã… 


haa yang ni adik perempuan saya, jarang bergambar dengan diorang hihi yang ni pun kira okaylah kan :p


yang bulat comel lotei ni anak saudara saya! comelkan? macam saya? hihi <3





 

Fav place



 


Tempat yang boleh tenangkan fikiran gitu; pantai!

Fav OOTD











 

Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

ELEMEN ASAS GRAFIK

Dalam tugasan ini akan membincangkan tentang lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

1. Mudah

Elemen mudah ini merupakan cara penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mana mudah untuk difahami sama ada berbentuk foto ataupun video. Elemen ini juga dilihat sebagai suatu mesej yang mana gambaran tersebut difahami tanpa ada sebarang kekeliruan. 

Contohnya:

Sekeping foto sebuah motosikal berwarna biru yang terletak di hadapan rumah. Seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sebuah motosikal yang berwarna biru.

2. Warna

Warna merupakan kombinasi warna atau satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto atau video. Grafik yang wajar tidak sepatutnya mengandungi lebih daripada tiga warna. Namun, terdapat juga grafik yang mengandungi lebih daripada tiga warna kerana ingin menyesuaikan dengan objektif atau mesej yang ingin disampaikan. Walau bagaimanapun, terdapat juga grafik yang hanya mempunyai satu warna sahaja dan ini juga kerana ingin menyesuaikan dengan keadaan dan mesej yang ingin disampaikan. 

Contohnya:

Sekeping foto sebuah rumah berwana hijau dan disertai dengan warna awan putih dan langit yang kebiruan. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada rumah dan langit. 

3. Teks

Jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik disebut sebagai teks. Kandungan dalam teks diambil kira bertujuan untuk pemahaman terhadap grafik. Warna yang terdapat dalam font tersebut juga sangat penting dalam asa grafik.

Contohnya:

Iklan mi segera dengan teks "Mudah dan Sedap" memberi persepsi tentang mi segera tersebut. Oleh sebab itu, teks tersebut sharusnya ditulis dengan jelas dan besar serta menggunakan jenis font yang mampu menarik perhatian pengguna. 

4. Kesesuaian

Kesesuaian merujuk kepada grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto atau video. 

Contohnya:

Foto tiga orang lelaki dewasa sedang membakar lemang untuk dihidangkan keesokan harinya. Ketiga-tiga lelaki dewasa tersebut memakai baju melayu dan terlihat ceria. Langit yang gelap dan dihiasi dengan pelita di sekeliling rumah menandakan suasana waktu malam. Terdapat tulisan di bawah foto tersebut "Malam hari raya".

5. Keseimbangan

Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau video iaitu ruang di kiri dan kanan, atas dan bawah.

Contohnya:

Ruang di sebelah kanan terdapat sebatang pokok kelapa yang tinggi manakala ruang di sebelah kiri terdapat sebuah rumah kampung. Ruang di sebelah atas gambar terdapat langit luas berwana kebiruan dan di sebelah bawah pula terdapat padang yang kehijauan.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 Hi, selamat sejahtera! Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pendekatan analisis wacana yang terdapat di dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kajian ini merupakan salah satu kajian yang dibuat oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim yang melibatkan ujaran dan interaksi daripada kanak-kanak, remaja, pelajar universiti dan masyarakat keseluruhannya. Pendekatan analisis wacana ini mempunyai lima elemen yang telah beliau terangkan di dalam buku tersebut. Antara lima elemen tersebut ialah pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan juga inferens. 

Pendekatan Analisis Wacana

 (Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

BAHASA

INFERENS

1. Intuisi

1. Positif

1. Diri

1. Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

1. Rumusan keseluruhan

2. Konteks

·         Penerimaan/ Penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

2. Negatif

2. Masyarakat

2. Formal/ tidak formal

2. Rumusan topik perbincangan

3. Emosi bercampur

 Perangai

  Personaliti

  Mood

  Motivasi

3. Adat

• Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

• Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

• Hormat menghormati, Kerjasama, semangat bermasyarakat

Keadilan, kebebasan, rasional

3. Kesalahan bahasa

3. Penutup kata

4. Linguistik

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2018), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Nerus Terengganu

Pra-andaian
Pra-andaian merupakan perkara yang diamalkan terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa hujah atau tindakan. Terdapat dua bahagian aspek analisis dalam elemen pra-andaian ini iaitu intuisi dan juga  konteks. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, intuisi didefinisikan sebagai daya atau kebolehan memahami iaitu mengetahui atau merasai sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar. Intuisi juga dikenali sebagai satu gerak hati. Manakala, konteks pula dianalisis dari segi aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan juga penegasan. 

Emosi
Emosi merupakan suatu perasaan jiwa yang kuat seperti perasaan sedih, gembira, takut dan sebagainya. Emosi ini muncul apabila keadaan perasaan atau fikiran yang terangsang oleh sesuatu perkara. Emosi terbahagi kepada tiga aspek iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur. Emosi boleh dilihat berdasarkan perangai, personaliti, mood dan motivasi.

Nilai dan Budaya
Nilai dan budaya dapat dilihat dari aspek diri, masyarakat dan adat. Antara nilai yang terdapat dalam elemen ini ialah jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan, berdikari, berhemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan, hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan dan rasional. Kesemua elemen-elemen ini berkait rapat dengan nilai yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara. 

Bahasa
Elemen bahasa ini mempunyai empat aspek yang mana memfokuskan kepada bahasa pertama/ kedua/ ketiga. Aspek yang lainnya pula merupakan aspek bahasa yang formal/tidak formal, kesalahan bahasa serta linguistik juga dianalisis.

Inferens
Inferens ini merupakan elemen yang terakhir yang mana mempunyai tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Kesemua aspek ini perlu dianalisis dan dibincangkan untuk memastikan ujaran, interaksi, teks dan tulisan ini lebih lengkap serta lebih jelas.


Buku yang digunakan semasa membuat rujukan
Kehadiran 1 April 2021