Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Fariesya Nabila binti Mat Noh bernombor matrik 203918 merupakan pelajar tahun dua di Universiti Putra Malaysia mengambil jurusan Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Saya merupakan pelajar yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Saya berumur 22 tahun pada tahun ini. Dilahirkan pada tanggal 24 oktober 1999 di Hospital Kota Bharu, Kelantan. Saya berasal dari keluarga yang sederhana, mempunyai enam orang adik-beradik dan saya merupakan anak tengah iaitu anak yang ketiga. Saya tinggal bersama dengan atuk dan nenek saya sejak kecil. Ibu dan ayah saya masih ada tapi mereka bercerai sewaktu saya baru memasuki alam sekolah menengah. Disebabkan oleh perceraian itu, saya dan adik-adik sepenuhnya dijaga oleh atuk dan nenek saya tapi tidak semua juga ditanggung oleh mereka. Sebab, abang sulung saya yang sudah bekerja akan memberi wang buat belanja untuk kami adik beradik. Tiada benda menarik dalam diri saya, cuma saya sangat suka menyanyi walau hakikatnya suara sumbang hm tapi itulah kalau dah minat kan bantai je lah hehehe. Walau sedar yang suara sumbang tapi masih lagi tak malu join pertandingan menyanyi, bila dah join memang kalah lah hahahaha tapi takpe sekurang-kurangnya dapat pengalaman gituu. okay itu saja pengenalan diri saya, sampai ketemu lagi!
👍🏻👍🏻
ReplyDelete