Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 Hi, selamat sejahtera! Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang pendekatan analisis wacana yang terdapat di dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kajian ini merupakan salah satu kajian yang dibuat oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim yang melibatkan ujaran dan interaksi daripada kanak-kanak, remaja, pelajar universiti dan masyarakat keseluruhannya. Pendekatan analisis wacana ini mempunyai lima elemen yang telah beliau terangkan di dalam buku tersebut. Antara lima elemen tersebut ialah pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan juga inferens. 

Pendekatan Analisis Wacana

 (Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA-ANDAIAN

EMOSI

NILAI DAN BUDAYA

BAHASA

INFERENS

1. Intuisi

1. Positif

1. Diri

1. Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

1. Rumusan keseluruhan

2. Konteks

·         Penerimaan/ Penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

2. Negatif

2. Masyarakat

2. Formal/ tidak formal

2. Rumusan topik perbincangan

3. Emosi bercampur

 Perangai

  Personaliti

  Mood

  Motivasi

3. Adat

• Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

• Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

• Hormat menghormati, Kerjasama, semangat bermasyarakat

Keadilan, kebebasan, rasional

3. Kesalahan bahasa

3. Penutup kata

4. Linguistik

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2018), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Nerus Terengganu

Pra-andaian
Pra-andaian merupakan perkara yang diamalkan terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa hujah atau tindakan. Terdapat dua bahagian aspek analisis dalam elemen pra-andaian ini iaitu intuisi dan juga  konteks. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, intuisi didefinisikan sebagai daya atau kebolehan memahami iaitu mengetahui atau merasai sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar. Intuisi juga dikenali sebagai satu gerak hati. Manakala, konteks pula dianalisis dari segi aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan juga penegasan. 

Emosi
Emosi merupakan suatu perasaan jiwa yang kuat seperti perasaan sedih, gembira, takut dan sebagainya. Emosi ini muncul apabila keadaan perasaan atau fikiran yang terangsang oleh sesuatu perkara. Emosi terbahagi kepada tiga aspek iaitu emosi positif, emosi negatif dan emosi bercampur. Emosi boleh dilihat berdasarkan perangai, personaliti, mood dan motivasi.

Nilai dan Budaya
Nilai dan budaya dapat dilihat dari aspek diri, masyarakat dan adat. Antara nilai yang terdapat dalam elemen ini ialah jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan, berdikari, berhemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan, hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan dan rasional. Kesemua elemen-elemen ini berkait rapat dengan nilai yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara. 

Bahasa
Elemen bahasa ini mempunyai empat aspek yang mana memfokuskan kepada bahasa pertama/ kedua/ ketiga. Aspek yang lainnya pula merupakan aspek bahasa yang formal/tidak formal, kesalahan bahasa serta linguistik juga dianalisis.

Inferens
Inferens ini merupakan elemen yang terakhir yang mana mempunyai tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Kesemua aspek ini perlu dianalisis dan dibincangkan untuk memastikan ujaran, interaksi, teks dan tulisan ini lebih lengkap serta lebih jelas.


Buku yang digunakan semasa membuat rujukan
Kehadiran 1 April 2021




No comments:

Post a Comment