BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-MUDAH
A) INTERNET
Elemen : Mudah
Tema : Papan iklan
Rujukan : https://www.pinterest.com/danielle_ncsu/billboard-designs/
Huraian : Sekeping foto yang menunjukkan dua botol air minuman Mountain Dew yang dipaparkan di papan iklan. Papan iklan ini kelihatan mudah untuk didefinisikan kerana gambaran tersebut mudah difahami oleh seseorang. Gambar tersebut juga mudah dilihat sebagai satu mesej yang dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Seseorang yang melihat papan iklan tersebut akan faham bahawa papan iklan tersebut mempromosikan air minuman yang berjenama Mountain Dew.
Elemen: Mudah
Tema: Makanan
segera
Rujukan: https://images.app.goo.gl/ewnajHJJi656p3BS7
Huraian: Gambar papan iklan di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen mudah. Gambar tersebut menunjukkan sebiji burger dari syarikat makanan segera yang terkenal yang menunjukkan keluaran menu burger baharu syarikat tersebut. Jika seseorang melihat iklan tersebut akan faham bahawa gambar tersebut adalah tentang burger itu. Gambar itu juga menunjukkan elemen mudah kerana gambar tersebut memfokuskan kepada burger itu.
Elemen : Mudah
Tema: Jualan Kasut Nike
Huraian: Gambar tersebut mengandungi aspek grafik yang paling
ketara iaitu mudah. Elemen mudah ini wujud apabila penglihatan seseorang
terhadap gambaran yang mudah difahami seperti gambaran sepasang kasut diatas.
Dengan adanya logo “Nike” di kiri gambar ianya telah menunjukkan
bahawa kasut tersebut berjenama Nike. Tulisan “LEBRON XVI” turut merujuk kepada jenis kasut
tersebut.
Elemen
:
Mudah
Tema :
Fesyen
Huraian: Penekanan dalam gambar tersebut ialah bersifat mudah. Gambar tersebut memperlihatkan imej perempuan dan hanya tertumpu kepada kaum wanita sahaja . Apabila diperlihatkan imej perempuan , automatik pemikiran kita akan terjerumus kepada fesyen yang melibatkan wanita. Gambar tersebut sangatlah mudah kerana boleh difahami sekali imbas sahaja melalui gambar tanpa perlu membaca dengan teliti apa isi gambar tersebut kerana tiada kekeliruan sama sekali kerana gambar itu telah memberitahu segala isi yang ingin disampaikan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Mudah difahami oleh pengguna jalan raya kerana boleh dikesan dengan kehadiran gambar seorang wanita kerana mungkin sahaja tentang fesyen atau sebaliknya.
Elemen: Mudah
Tema: KLCC pada waktu malam.
Rujukan:https://www.azhan.co/wp-content/uploads/2019/11/Photo-of-KLCC-Malaysia-700x394.jpg
Huraian: Grafik di atas memberikan kefahaman yang mudah kepada individu yang melihatnya. Individu akan mengetahui suasana di Menara Berkembar Petronas pada waktu malam apabila melihat bahan grafik ini. Gambaran awal seperti rupa bentuk KLCC dan suasana KLCC pada waktu malam menjadi mesej yang ingin disampaikan melalui grafik di atas. Grafik ini juga menjadikan KLCC sebagai fokus utama yang turut mempengaruhi pemahaman individu.
Elemen: Mudah
Tema: Haiwan
Rujukan: https://ashgive.com/gambar-zirafah/
Huraian: Foto ini menggambarkan dua ekor haiwan di hutan. Foto ini juga menggunakan elemen asas grafik mudah. Hal ini demikian kerana sesiapa sahaja yang melihat foto tersebut akan memahami bahawa foto ini ialah foto dua ekor zirafah di hutan. Disebabkan kemudahan untuk memahami foto ini, maka foto ini diletakkan di bawah elemen grafik mudah.
Elemen : Mudah
Tema : Makanan
Rujukkan : https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Nasi_dibentuk_bulat.jpg
Huraian : Elemen
mudah difahami sebagai
semua foto yang mudah dilihat dan
tanpa sebarang kekeliruan
terhadap mesej yang disampaikan.
Seseorang yang melihat foto
ini akan memahami ini ialah nasi yang diletak di atas pinggan. Foto ini
memperlihatkan mesej yang sangat mudah difahami. Sekali pandang sahaja mereka
sudah boleh faham mesej yang hendak disampaikan.
Elemen : Mudah
Tema : Kereta
Rujukan : https://www.positivemedia.my/advertising-services/billboard/
Huraian : Papan
iklan tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu mudah. Bahan utama
yang digunakan dalam grafik, iaitu gambar kereta diletakkan
di tengah papan iklan. Pengguna dapat memahami
mesej yang ingin disampaikan dengan jelas dan
mudah, iaitu iklan tentang kereta. Gambar kereta yang jelas tanpa bahan lain berserta
logo jenama di atas belah kiri gambar telah
menunjukkan mesej yang ringkas, mudah dan tidak akan mengelirukan pengguna.
Elemen : Mudah
Tema : Pengiklanan
Rujukan : Internet
Huraian : Gambar di atas dapat dilihat
dari kesemua lima elemen asas
tetapi elemen mudah
lebih terserlah. Ini disebabkan gambar tersebut mudah difahami oleh
sesiapa yang melihatnya. Mesej
yang ingin disampaikan juga jelas kerana ada disertakan dengan deskripsi jawatan, lokasi jawatan serta tarikh tutup permohonan dan ini memudahkan sesiapa yang ingin
memohon jawatan.
Elemen : Mudah
Tema : Gajet
Rujukan : https://www.google.com/search?q=handphone+iphone+&tbm
Huraian : Foto tersebut menunjukkan sebuah telefon bimbit. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan mudah memahaminya kerana jenama yang sudah terkemuka. Oleh sebab itu gambar tersebut hanya menunjukkan logo jenama telefon bimbit itu. Maka, gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik mudah.
B)GAMBAR SENDIRI
Elemen : Mudah
Rujukan : Nur Iffah Syakirah binti Md Sham
Tema : Haiwan
Huraian : Sekeping foto yang menunjukkan seekor kucing sedang memerhati tuannya
ketika gambarnya diambil. Gambar ini kelihatan mudah untuk didefinisikan kerana
gambaran tersebut mudah difahami oleh seseorang. Gambar itu juga mudah dilihat
sebagai satu mesej yang dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Seseorang
yang melihat gambar tersebut akan faham bahawa gambar itu ialah seekor kucing
yang sedang berehat sambil memandang tepat pada kamera.
Elemen : Mudah
Tema : Bunga
Rujukan :
Fariesya Nabila binti Mat Noh
Huraian : Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik iaitu elemen asas grafik mudah. Gambar di atas menunjukkan sejambak bunga yang berada di atas meja. Gambar tersebut jelas menunjukkan bahawa mesej yang ingin disampaikan ialah bunga. Seseorang yang melihat gambar tersebut akan faham bahawa gambar itu ialah tentang sejambak bunga.
Elemen : Mudah
Tema : Kereta
Rujukan : Nurfaqihah
Husna Binti Mohd Termizi
Huraian : Elemen grafik yang utama yang terdapat dalam foto ini ialah elemen mudah. Elemen mudah ini merupakan elemen yang mudah difahami tanpa kekeliruan. Foto di atas menunjukkan sebuah rumah dan di halaman rumah tersebut mempunyai sebuah kereta. Bagi seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sebuah kereta yang berwarna biru.
Elemen
: Mudah
Tema :
Pelancongan
Rujukan
: Ellyliddia
Bt Rolling
Huraian : Penekanan
di dalam gambar tersebut adalah mudah. Gambar tersebut menunjukkan gambar ikan
yang melambangkan
bahawa kawasan tersebut kaya dengan ikan jenis kelisa. Apabila seseorang melihat gambar ini
mereka akan lebih faham bahawa tempat tersebut adalah kawasan pelancongan. Mereka akan
mudah mengetahui apa yang dilihat dengan jelas dan lebih tepat lagi tanpa
sebarang keraguan. Sekiranya
gambar tersebut ini dilihat
akan memudahkan kaki pancing untuk tahu dan datang ke tempat tersebut .
Elemen: Mudah
Tema: Haiwan peliharaan
Rujukan: Salimah Ahmad
Elemen: Mudah
Tema: Buah-buahan
Rujukan: Adillah binti Anuar
Elemen : Mudah
Tema : Fesyen
Rujukkan
:
Siti Nuratiqah Binti Rahmat
Huraian : Pada
foto ini juga dapat dilihat elemen mudah. Ini kerana mesej yang ingin disampaikan sangat mudah dan tidak mengelirukan.
Jika seseorang melihat foto ini sudah pasti mereka akan memahami ini merupakan
foto cermin mata berwarna hitam yang terletak di atas meja. Kekeliruan akan
berlaku jika di dalam foto tersebut
terdapat
barang lain. Contohnya, pasu kecil yang diletak di belakang cermin mata itu akan menghilangkan fokus cermin mata sebagai objek utama dalam foto.
Elemen : Mudah
Tema : Alam Sekitar
Rujukan : Na Li
Xian
Huraian : Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik utama, iaitu mudah. Gambar tersebut menunjukkan seseorang sedang mengutip sampah-sarap di merata tempat. Bersertakan teks “Jaga Alam Sekitar Kita” yang menjadi tajuk di tengah-tengah gambar tersebut dapat menyampaikan mesej tanggungjawab jaga alam sekitar dengan tepat, jelas dan mudah kepada pembaca.
Elemen : Mudah
Tema : Pakaian
Rujukan : Dinesha Samy
Huraian : Gambar di atas dapat dikelaskan di bawah
elemen mudah. Ini disebabkan perkataan yang digunakan jelas dan mudah
difahami. Mesej yang ingin
disampaikan juga bertetapan. Pembeli
dapat lihat yang kedai
tersebut ada promosi dan secara tidak langsung ini dapat menarik pembeli untuk
membeli produk pakaian kedai
tersebut.
Eleman : Mudah
Tema : Motosikal
Rujukan : Nureedayu
Huraian : Gambar tersebut mengandungi elemen asas grafik mudah. Ianya menunjukkan sebuah motosikal berwarna hitam. Elemen ini memberikan satu fahaman yang senang untuk difahami oleh semua orang. Oleh sebab itu, gambar ini mengandungi elemen asas grafik mudah.
Ketua Elemen Mudah :
NUR IFFAH SYAKIRAH BINTI MD SHAM (202912)
Penolong ketua :
SITI NURATIQAH BINTI RAHMAT (202680)
No comments:
Post a Comment