Saturday, April 10, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-BAHAN ASAS GRAFIK-GADIS JK

 BAHAN ASAS GRAFIK

IKLAN KASUT SUKAN

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

1. BUNTING/BANNER


Terdapat elemen asas grafik yang lengkap dalam banner yang dihasilkan. Mesej yang menunjukkan jualan kasut sukan berjenama Nike dapat disampaikan dengan baik. Pembaca dapat memahami mesej tanpa sebarang kekeliruan. Imej kasut sukan dilampirkan untuk menunjukkan kesesuaian dengan tujuan banner. Penggunaan warna coklat, hitam dan putih diaplikasikan dalam penghasilan alat grafik ini. Elemen teks iaitu jenis dan saiz tulisan yang digunakan bersesuaian dengan banner sekali gus menjadikan ianya menarik. Keseimbangan juga wujud dengan adanya ruang kiri dan kanan serta ruang atas dan bawah banner. Selain itu, pembahagian antara imej kasut dan bahagian teks juga mewujudkan keseimbangan. 


2. PAMPHLET 


Pamphlet atau juga dikenali sebagai brosur/ pamflet merupakan terbitan jenis bukan berkala. Secara umunya, pamphlet dihasilkan dan dicetak pada kedua-dua halaman, iaitu depan dan belakang.  Pamphlet terdiri daripada lipatan tiga atau lebih; ia tidak kurang daripada lima muka surat dan lebih daripada 48 muka surat. Kini, penggunaan pamphlet dalam bidang perniagaan dan pelancongan untuk tujuan promosi adalah luas. 

Dalam iklan kasut sukan, Pamphlet bukan sahaja dapat digunakan untuk memperkenalkan kepada pengguna tentang jenama kasut sukan, jenis-jenis, kelebihan, ciri-ciri dan harganya, tetapi juga dapat mendedahkan latar belakang dan sejarah syarikat, cara hubungi dan alamat kepada pengguna. Seluruh maklumat tentang kasut sukan telah terkandung dalam Pamphlet. Pamphlet yang bersaiz kecil dapat membantu pengedar atau penjual mempromosikan kasut sukan dengan berkesan kerana Pamphlet yang bersaiz kecil dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan diedarkan kepada setiap pengguna. Pada masa yang sama, Pamphlet  dapat menjimatkan kos perbelanjaan pengedar kerana Pamphlet boleh dicetak pada kertas berulang-ulang kali tanpa had.


3. POSTER


Poster di atas merangkumi kesemua lima elemen asas grafik. Pemilihan warna yang bersesuaian dan nampak menyerlah. Pemilihan teks merangkumi jenis dan saiz font yang sesuai dengan poster di atas. Keterangan yang dipaparkan dalam poster juga mudah difahami yang itu adalah kasut seterusnya dan akan ada promosi sebanyak 15%.Secara keseluruhannya, mesej yang ingin disampaikan melalui poster ini jelas dan mudah difahami.


4. GAMBAR/FOTO


Gambar di atas menunjukkan salah satu bahan untuk asas grafik. Kasut ini dipilih kerana reka bentuk yang menarik serta sesuai digunakan untuk lelaki dan perempuan. Tapak kasut yang 100% diperbuat daripada getah sangat sesuai dipakai untuk jalan atau bersukan kerana cengkaman yang kuat dapat menghalang seseorang daripada jatuh akibat licin. Warna biru tua dipilih kerana umumnya biru adalah warna kegemaran bagi lelaki dan perempuan. Oleh itu, kasut ini sesuai dipakai untuk lelaki mahupun perempuan. Berdasarkan pandangan ilmu psikologi pula, warna biru tua mampu merangsang pemikiran yang positif. Selain itu, Corak pada kasut diletakkan adalah untuk menyerlahkan lagi reka bentuk kasut tersebut. Lidah kasut yang diletakkan span dalamnya memberikan keselesaan kepada si pemakai.


5. BILLBOARD



Billboard merupakan salah satu bahan untuk asas grafik, ianya juga dikenali sebagai sebuah papan iklan yang berukuran besar dan mengandung tulisan atau gambar yang berfokuskan iklan, pengumuman dan promosi produk. Kebiasaannya billboard ini dipasang pada persimpangan jalan raya yang padat lalu lintasnya. Sebagai contoh billboard di atas mengandung informasi yang sangat jelas iaitu ingin mempromosikan sepasang kasut. Dengan pemilihan warna pada billboard sangat membantu untuk menarik lagi minat orang ramai yang melihatnya. Contohnya warna kuning pada latar belakang billboard tersebut telah menaikkan lagi model kasut yang ingin dipromosikan. Selain itu, font “NIKE” yang memberi maksud kepada jenama kasut itu semakin menyerlah apabila di warnakan dengan warna hitam. Hal ini telah menarik minat pembaca dan sehingga orang menjadi tahu apa yang ingin disampaikan oleh billboard tersebut. 


6. VIDEO



Video di atas menunjukkan iklan pendek yang mengkhususkan kepada kasut converse sebagai watak utama. Tema yang digunakan ialah keselesaan yang dapat dilihat melalui pergerakan model tersebut. Latar belakang dan penggunaan teks juga bersesuaian dengan produk tersebut. Iklan ini juga mudah difahami tanpa ada keliruan.  


FARIESYA NABILA BINTI MAT NOH
203918










No comments:

Post a Comment