Saturday, April 10, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT


CELIK BAHASA ISYARAT

RUJUKAN: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, di akses pada 8 April 2021 daripada https://youtu.be/-h5hlplln24 




    Rancangan Sembang Tamu yang di bawah kendalian pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pada 6 April lalu mengangkat tentang "Celik Bahasa Isyarat" yang dibincangkan bersama Prof. Dr Normaliza Abd Rahim. Perkongsian yang diberikan oleh Prof. Dr. Normaliza dalam video berkenaan menceritakan tentang pentingnya mempelajari bahasa isyarat ini. Hal ini kerana, bahasa isyarat mempunyai banyak kelebihannya seperti boleh berkomunikasi dengan orang yang kurang upaya dalam pendengaran dan bisu. 

    Selain berguna untuk berkomunikasi dengan orang yang kurang upaya, mempelajari bahasa isyarat juga boleh menyebabkan kita lebih mahir untuk memahami bahasa isyarat itu sendiri. Prof. Dr Normaliza juga menegaskan bahawa bahasa isyarat ini juga bukan sahaja untuk golongan yang kurang upaya. Orang yang bukan dari golongan orang kurang upaya juga boleh mempelajari bahasa isyarat ini bahkan sepatutnya tahu tentang asas bahasa isyarat ini. 

    Sifat ingin tahu Prof. Dr. Normaliza ini menyebabkan beliau ingin mempelajari bahasa isyarat ini. Dek kerana keinginan beliau yang menggunung, beliau hanya mengambil masa dua bulan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Oleh sebab itu, beliau menegaskan dalam video tersebut bahawa keinginan tanpa usaha tidak membuahkan hasil. Namun, usaha tanpa minat juga hanyalah satu sia-sia. Oleh sebab itu, keinginan, minat dan usaha perlu seiring dalam mempelajari bahasa isyarat ini.

    Kesimpulannya, bahasa isyarat ini seharusnya menjadi salah satu bahasa yang perlu dipelajari oleh setiap orang. Hal ini kerana, dengan mempelajari bahasa isyarat menyebabkan kita lebih menghargai orang yang kurang upaya ini. Bahkan, mempelajari bahasa isyarat juga merupakan satu ilmu dan mampu menambahkan pengetahuan kita secara asasnya.


FARIESYA NABILA BINTI MAT NOH (203918)



 






No comments:

Post a Comment