BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-WARNA
A) INTERNET
Elemen : Warna
Tema : Kesihatan
Huraian :Papan iklan tersebut mengandung elemen asas grafik utama, iaitu warna. Warna yang digunakan dalam papan iklan tersebut tidak melebihi tiga unsur warna, iaitu biru dan putih. Kedua-dua warna tersebut bersesuaian dengan mesej yang disampaikan, iaitu produk air mineral yang berwarna “biru muda”. Penggunaan warna biru dan putih dalam papan iklan tersebut menimbulkan perasaan keharmonian dan keselesaan pada mata kerana tiada kehadiran unsur warna yang terlalu banyak.
Elemen
: Warna
Tema
: Minuman
Huraian : Gambar ini merangkumi kesemua lima aspek grafik tetapi aspek warna lebih menyerlah. Disebabkan oleh, pemilihan warna yang menepati dengan gambar jagung tersebut. Pemilihan warna yang minimal, tidak menggunakan banyak warna. Warna juga nampak terang, menonjol serta menarik perhatian pembeli untuk membelinya. Dari pemilihan warna tersebut, mesej dapat disampaikan dengan jelas.
Keterangan : Elemen warna didefinisikan sebagai kombinasi warna atau satu warna dalam foto. Di dalam gambar ini ialah merah, putih dan hitam. Penggunaan tiga warna ini sangat seimbang. Warna putih pada baju yang dikenakan oleh jurukamera tersebut sangat terang daripada warna latar belakangnya yang membuatkan orang akan memfokuskan kepada perempuan itu. Foto ini dengan jelasnya menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah iaitu merah, putih dan hitam.
Elemen : Warna
Tema : Iklan
Rujukan :
Huraian : Gambar tersebut mengandung elemen asas grafik warna. Hal ini kerana kombinasi warna yang digunakan dalam gambar tersebut menarik dan sesuai. Penggunaan warna latar belakang sama dengan warna logo. Maka, ianya lebih menarik dan sekali gus menarik minat pengguna.
Elemen: Warna
Tema: Lukisan
Rujukan: https://images.app.goo.gl/K7VPZUX9jXjrasNv6
Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen asas grafik warna. Gambar tersebut menunjukkan sebuah lukisan bunga yang menggunakan warna-warna yang menyerlah. Warna yang digunakan seperti ungu, merah dan juga kuning serta warna hijau pada permukaan lukisan tersebut. Warna yang digunakan pada bahagian bunga menggunakan warna yang terang dan menyerlah yang mana memberi penekanan dan fokus pada bunga tersebut.
Elemen: Warna
Tema: Bunga
Rujukan: http://m.my.visions-led.com/outdoor-led-display/p10-full-color-advertising-billboard-screen.html
Huraian: Foto di papan tanda ini menggunakan warna yang sangat menarik dan boleh menarik minat sesiapa sahaja yang melihat papan tanda tersebut. Kombonasi warnanya juga sesuai dengan gambar yang digunakan. Walaupun foto tersebut menggunakan lebih daripada dua warna namun, perkara itu tidak menjejaskan mesej yang ingin disampaikan. Penggunaan warna yang menyerlah seperti warna merah di papan tanda tersebut memberi penekanan kepada orang ramai untuk melihatnya.
Elemen : Warna
Tema: Kepulauan
Rujukan : https://www.maisinggah.com/pulau-di-malaysia/
Huraian : Sekeping gambar yang menunjukkan sebuah pantai yang berwarna biru kehijauan dan kelihatan sebuah bot persiaran berwarna putih terdampar di tepi pantai. Pokok yang menghijau menaikkan lagi warna dalam gambar tersebut. Terdapat juga warna awan yang kebiruan. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah dan dapat memfokuskan kepada keindahan pantai, bot dan awan.
Elemen : Warna
Tema : Makanan
Huraian : Penekanan elemen yang lebih dilihat dalam papan tanda tersebut ialah elemen warna. Hal ini kerana, elemen warna merah yang digunakan sangat menyerlah dan menampakkan bahawa papan tersebut lebih semakin panas kerana ia bertujuan untuk memperkenalkan sesuatu produk baharu. Penggunaan warna merah sebagai warna utama dan kemudian diletakkan dengan kentang yang berwarna kuning dijadikan sebagai tulisan di papan tanda tersebut. Warna putih pula digunakan sebagai warna kepada tulisan “Mari Tidak Sombong” pula menunjukkan bahawa kemasukan warna putih juga menonjol dengan warna papan tersebut. Tetapi sekiranya ingin membuat sesuatu papan iklan atau apa-apa sahaja, elemen warna mestilah diambil kira terlebih dahulu supaya apa yang ingin disampaikan akan lebih jelas dan mudah diterima oleh pengguna jalan raya atau sesiapa sahaja .
Elemen: Warna
Tema: Seroja
Hurain:
Grafik di atas menunjukkan adanya elemen warna. Objek utama bunga seroja
berwarna merah jambu cerah. Debunganya pula berwarna kuning. Batang bunga
seroja dan latar belakang menggunakan warna hijau gelap. Kombinasi warna ini
menjadikan grafik ini menarik.
B) GAMBAR SENDIRI
Elemen : Warna
Tema : Kehijauan
Rujukan : NA LI XIAN 203932
Huraian : Gambar tersebut mengandung elemen asas grafik utama, iaitu warna. Warna yang digunakan dalam papan iklan tersebut tidak melebihi tiga unsur warna, iaitu hijau dan hitam sahaja. Kedua-dua warna tersebut bersesuaian dengan mesej yang disampaikan, iaitu berkait rapat dengan tumbuhan yang juga berwarna hijau. Penggunaan warna hijau sebagai latar belakang dalam gambar yang sama dengan warna tumbuhan telah mewujudkan keselarasan bagi keseluruhan gambar. Warna teks hitam yang digunakan dalam gambar bertentangan dengan latar belakang warna hijau dapat menunjukkan tajuk “Save our EARTH” dengan jelas sekali.
Elemen : Warna
Tema : Masjid Kristal
Rujukan : Nurfaqihah Husna Binti Mohd Termizi
Huraian : Foto di atas menunjukkan sebuah elemen grafik
yang utama iaitu elemen warna. Warna yang terdapat pada sesuatu objek dapat
menarik minat orang ramai untuk melihatnya. Warna biru pada masjid itu dan
latar belakang yang berwarna hitam telah menyebabkan foto ini sangat jelas
kelihatan sebuah masjid. Bagi menyerlahkan sebuah foto seharusnya mempunyai
tiga warna seperti foto di atas mempunyai warna hitam, biru dan putih.
Elemen :
Warna
Elemen: Warna
Tema : Alam semula jadi
Rujukan: Siti Nuratiqah Binti Rahmat
Huraian : Foto diatas ialah sebuah konkrit yang diwarnakan dengan warna kuning, pink, jingga, merah, dan hijau disertai dengan pokok yang berwarna hijau. Terdapat juga awan yang memberikan sedikit elemen kebiruan. Kebiasaannya elemen warna hanya akan menerima tiga atau satu warna digunakan dalam foto, tetapi di dalam foto ini terdapat enam warna yang menyerlah. dengan ini mereka akan lebih fokus kepada konkrit berwarna tersebut, awan dan pokok tersebut.
Elemen : Warna
Tema : Produk
Rujukan : Nureedayu Zapuri
Huraian : Gambar tersebut mempunyai kombinasi warna latar belakang produk. Ianya menggunakan tiga warna untuk menghiasi latar belakang supaya kelihatan lebih menarik. Penggunaan warna itu juga memberikan fokus kepada produk. Penggunaan warna yang sesuai dengan produk.
Elemen: Warna
Tema: Kafe
Rujukan: Fariesya
Nabila binti Mat Noh
Huraian: Gambar di
atas mempunyai elemen asas grafik warna di mana menunjukkan sebuah kafe. Gambar
tersebut menunjukkan kerusi yang berwarna kuning dengan dinding yang
berlatarkan warna biru gelap serta di atas gambar tersebut mempunyai bingkai
gambar bertulis yang besar berwarna hitam. Di atas meja juga mempunyai pasu
yang berwarna kuning dan pokok kecil yang berwarna kehijauan. Dalam gambar
tersebut mempunyai tiga warna yang menyerlah seperti kuning, hijau dan hitam
yang memfokuskan kepada kerusi, pokok bunga dan juga bingkai gambar bertulis
tersebut.
Elemen:
Warna
Tema:
Seni
Rujukan: Adillah binti Anuar
Huraian: Foto ini jelas mengandung elemen grafik warna. Penggunaan warna yang menarik dapat menarik minat orang ramai untuk melihatnya. Walaupun foto ini menggunakan banyak warna yang berbeza namun ianya juga tidak kelihatan keterlaluan. Sesiapa yang melihatnya dapat melihat jelas dalam foto tersebut terdapat banyak bentuk bulat dan condong yang telah digantungkan mengikut warna yang berbeza.
Elemen : Warna
Tema : Kehijauan
Rujukan: Nur Iffah
Syakirah binti Md Sham
Huraian : Sekeping
gambar seorang wanita yang mengenakan pakaian berwarna jingga dan tudung
berwarna biru. Pokok-pokok yang kehijauan dibelakang menaikkan lagi kecantikan
gambar tersebut. Kelihatan juga awan yang berwarna biru disertai dengan
matahari terbenam. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai elemen warna yang
menyerlah dan memfokuskan kepada seorang wanita, pokok dan juga matahari
terbenam.
Elemen : Warna
Tema : Pemandangan
Rujukan: Ellyliddia Bt Rolling
Huraian: Penekanan elemen grafik yang ada di dalam gambar tersebut adalah elemen warna. Bunga raya yang berwarna merah menjadi fokus utama dalam gambar yang membuatkan gambar tersebut lebih menyerlah atau timbul. Warna yang menjadi latar belakang juga sangatlah sesuai sekiranya digabungkan dengan warna bunga tersebut. Latar belakang yang berwarna gelap memainkan peranan yang penting supaya warna merah tersebut timbul dengan lebih jelas dan kelihatan seperti dilihat secara langsung (3D).
Elemen:
Warna
Tema: Langit
biru
Rujukan: Salimah Ahmad
Huraian: Foto di atas menunjukkan langit dan daun-daun pokok yang mempunyai elemen warna. Latar belakang iaitu langit berwarna biru dan disertai dengan warna putih pada gumpalan awan. Terdapat juga warna hijau pada daun dan warna gelap pada bahagian ranting pokok. Foto ini menarik dengan adanya empat jenis warna yang memfokuskan kepada tiga benda iaitu langit, awan dan pokok.
Ketua Elemen Warna :
NURFAQIHAH HUSNA BINTI MOHD TERMIZI (203923)
Penolong Ketua:
DINESHA A/P SAMY (203931)
No comments:
Post a Comment