Friday, April 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA


https://youtu.be/bQCPNh8Es1o

RUJUKAN: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang diakses pada 19 April 2021 daripada https://youtu.be/bQCPNh8Es1o

    Rancangan Sembang Tamu yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada minggu ini membicarakan tentang topik 'Dilema Pengembara' di mana, Dr. Siti Aliaa Roslan sebagai tetamu untuk membicarakan tentang topik berkenaan. 
    
    Pada awal perbincangan tersebut, Dr. Aliaa memberitahu bahawa pengembara ini bukanlah mereka yang mengembara ke luar negara sahaja. Namun, menjelajah di dalam negara juga boleh didefinisikan sebagai pengembara. Hal ini kerana, menurut beliau mengembara ini bermaksud keluar dari zon selesa atau keluar dari kampung halaman dan mencari pengalaman di tempat orang. 

    Dr. Aliaa sendiri merupakan seorang pengembara yang mana telah mengembara ke 21 buah negara di seluruh dunia. Beliau berkongsi tentang pengalaman beliau yang sering kali merasa teruja apabila ingin mengembara ke sesebuah negara itu. Beliau teruja untuk mempelajari sesuatu yang baru di negara-negara yang berbeza.

    Tidak lupa juga, Dr. Aliaa juga teruja untuk mengetahui tentang makanan, adat resam, bahasa yang digunakan dan juga tempat-tempat menarik yang terdapat di sesebuah negara itu.

    Melalui perkongsian beliau, jelaslah bahawa dengan mengembara kita akan lebih memahami tentang adat serta budaya bagi sesebuah negara itu. 


FARIESYA NABILA BINTI MAT NOH 203918




No comments:

Post a Comment