Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3- CERITA SOSIAL 2

 RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Kominukasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.

Cerita Sosial 2: Saya Yang Istimewa

Cerita sosial 2: Saya Yang istimewa ini menceritakan tentang kebaikan keluarga Alim dengan orang lain. Pada suatu pagi ahad, bapa Alim ke pasar tani  dan membeli banyak buah-buahan tempatan. Hal ini kerana, beliau megetahui bahawa anak-anaknya yang gemar akan buah-buahan tempatan. Banyak buah-buahan yang dibeli oleh bapa Alim seperti rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi.

Apabila bapa Alim sudah pulang dari pasar tani, abang Imran terus mendekati sang bapa lalu bertanyakan bapanya tentang buah yang dibeli oleh bapanya. Bapa terus menjawab dan mengajak kesemua anaknya dan juga isterinya untuk makan buah-buahan tersebut bersama. Madinah yang paling teruja apabila mengetahui bapanya membelikan banyak buah-buahan sehingga melompat-lompat saat dia tahu terdapat banyak buah-buahan tempatan. Aisyah pula berlari untuk mendapatkan manggis memandangkan dia amat menyukai buah tersebut.

Semasa makan, ibu berpesan agar makan dengan tertib dan tidak membuat kulit buah-buah merata. Oleh sebab itu, ibu telah sediakan bakul sampah kerana bimbang rumah akan kotor dan bersepah. Kesemua adik-beradik Alim mengangguk faham dan mendengar arahan daripada ibu mereka itu. Oleh kerana  ibu dan bapa Alim yang selalu berpesan untuk berkongsi sama ada barang atau makanan dengan orang lain, Alim telah meminta untuk memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman yang merupakan rakannya.

Alim mengingat pesanan ibu dan bapanya itu tentang kebaikan yang diperolehi sekiranya berkongsi dengan orang lain. Setelah itu, ibu terus mengasingkan buah-buahan it uke dalam plastik yang lain untuk diberikan kepada Alim supaya Alim dapat memberikan buah tersebut kepada Sulaiman. Ibu terus memberikan bungkusan plastik yang mempunyai buah-buahan itu sesudah mengasingkannya dan memberitahu Alim bahawa ibu  melihat Sulaiaman sedang menyiram pokok bunga. Ibu memberikan Sulaiman buah rambutan dan manggis.

Alim terus mengambil plastik yang berisi buah-buahan tersebut lalu berlari ke rumah Sulaiman untuk bertemu dengan rakannya itu. Setelah sampai di rumah Sulaiman, Alim terus memberikan plastik yang berisi buah-buahan itu kepada Sulaiman. Sulaiman yang menerima bungkusan tersebut menyambutnya dengan baik dan tersenyum kepada Alim. Sulaiman juga mengucapkkan terima kasih kepada Alim kerana sudi berkongsi buah-buahan tersebut dengannya.

Setelah memberikan buah-buahan tersebut, Alim terus pulang ke rumahnya untuk Kembali menikmati buah-buahan yang dibeli bapanya bersama-sama keluarganya. Sesudah mereka menikmati buah-buahan tersebut, Alim membantu ibu bapanya serta abang dan kakaknya untuk mengemas rumah. Alim ditugaskan untuk membuang kulit buah-buahan tadi ke dalam tong sampah yang besar di luar rumahnya. Setelah itu, Alim terserempak dengan ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah yang juga jirannya. Ibu Sulaiman yang waktu itu sedang menyapu lantai di luar rumahnya menyapa Alim dan berterima kasih kepada Alim kerana berbagi buah-buahan yang bapanya beli pagi tadi. Alim membalas ucapan terima kasih itu dengan senang hati. Mak Cik Timah memberitahu bahawa Alim anak yang baik kerana mahu berkongsi dengan orang lain dan Alim menjawab yang dia suka berkawan dengan Sulaiman dan menggap Sulaiman sebagai kawannya.


SINOPSIS DITULIS OLEH FARIESYA NABILA BINTI MAT NOH (203918)

No comments:

Post a Comment